Tulisan ini akan mengembangkan perbahasan bukan sahaja daripada konteks pendidikan umum yang biasa dibahaskan oleh pakar-pakar pendidikan tetapi menyentuh pendekatan pendidikan berteraskan model dakwah iaitu bagaimana aproach pendidikan yang dilalui itu menggunakan model dakwah sebagai teras model pendidikan masa hadapan. Sifat, ciri dan pendekatan yang dibincangkan oleh pakar-pakar bidang dakwah boleh diteroka bagi menerapkan nilai dakwah dalam pendekatan pendidikan semasa pada hari ini. Pendeknya Guru sebagai pendidik harus mempunyai Jiwa seorang Daie (pendakwah) dan melaksanakan tugas sebagaimana tugas para rasul melaksana amanah dengan telus, berhikmah, menjadi role model berpaksikan ciri Rasulullah SAW dan menguasai ilmu mengatasi masalah pelajar berdasarkan pendekatan dakwah yang sedia ada.
Jiwa Pendidik dan Jiwa pendakwah
Dalam konteks menjadi pendidik tidak boleh lari daripada membicarakan tentang keperluan menguasai elemen dakwah sebagai mekanisme pendidikan unggul. Seorang pendidik tidak lengkap sekadar menjadi guru dan menyampaikan maklumat kepada manusia tanpa memahami tugas pendidik itu adalah tugas para rasul. Dan ciri rasul sebagai penerus risalah Islam adalah bertepatan dengan ciri seorang duat yang berkualiti menyampaikan maklumat dengan benar, penyampaiana benar dan yakin dengan apa yang disampaikan. Mengapa pendakwah itu sebagia die? Jiwa daei itu adalah jiwa para rasul. Jiwa daie itu adalah jiwa para anbia yang melaksanakan dakwah melalui jalan pendidikan. Tanpa jiwa daie pendidik tidak mampu bertahan dan meneruskan usaha mendidik dengan baik dan berterusan.
Falsafah Pendidikan Vs Falsafah Dakwah
Guru, Daie dan Murabbi
Dalam konteks pendidikan jiwa seorang guru tidak boleh tidak, harus mempunyai jiwa Daie (pendakwah). Melalui aplikasi jiwa pendakwah mereka akan melaksanakan sesuatu tugas dengan penuh teliti dan bersemangat kerana tindakan itu difahami bukan semata-mata mengajar dan mendidik malah membimbing anak didik itu untuk mendapat keberkatan Ilahi selain membimbing mereka supaya melakukan sesuatu usaha dengan betul dan bertepatan dengan Islam.
Persoalannya adalah bagaimana jiwa daie itu harus ditanam dalan jiwa pendidik. Ini persoalan yang harus difikirkan. Latihan yang betul dalam melatih dunia perguruan ini juga wajar diperkemas kerana tindakan melatih pendidik sekadar menjadi guru cemerlang hasil daripada mengeluarkan pelajar lulus A dengan begitu banyak sekali tetapi persoalannya adalah berapa banyak tindakan pelajar yang dididik itu banyak melakukan sesuatu yang baik sepanjang hidup hasil daripada didikan.
Didik guru bersikap sebagai Daie Murabbi
Sekali lagi suatu usaha penting amat diperlukan dalam memastikan pendidikan tidak hanya dilihat sebagai medium penyampaian maklumat sahaja tetapi mampu merubah minda dan pemikiran orang yang dilatihnya. Antara ciri-ciri Daie yang wajar timbul kalangan guru adalah :
- Menyampaikan dengan betul
- Mengenali sasaran yang didakwahkan
- Memahami cabaran dan halangan
- Mendokan sesuatu untuk kebaikan
Falsafah Pendidikan
- Mengembang potensi individu
- Mewujudkan insan bersepadu
- Melahirkan masyarakat bertanggungjawab
- Melahirkan masyarakat berilmu
- Menyumbang kepada keharmonian negara
Falsafah Dakwah
- Menyampaikan dan menyeru kepada kebaikan
- Mendidik diri dan memahami kepentingan dakwah
- Berupaya melaksana tugas dakwah
- Berupaya memahami sasaran dakwah
- Berupaya menghadapi cabaran dakwah
Pendidikan dan Dakwah : Satu usaha dibawah ABIM
Salah satu usaha yang melibatkan pendidikan mencipta watak adalah dengan melibatkan pelajar dengan kegiatan sosial dan luar bilik darjah. Kesan daripada luar bilik darjah ini walaupun tidaklah terlalu besar namun kegiatan ini tidak boleh dianggap kecil dalam menyumbang kepada pembentukan watak. Dalam berbicara tentang pendidikan membentuk watak ia tidak boleh dipisahkan daripada mendidik melalui soft skill (kemahiran insaniah) dan hard skill (kemahiran teknikal). Manusia bukan dilahir untuk menjadi robot. Manusia dilahir untuk menjadi insan bergerak untuk memberi manfaat kepada orang lain. Ini bertepatan dengan hadis nabi :
“Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.”
Manfaat manusia itu tidak hanyak disandarkan kepada faedah material semata-mata, dengan melahirkan insan yang berjaya dalam aktivti pembelajaran tetapi lebih daripada itu adalah bagaimana ilmu yang telah dipelajari akan benar bermanfaat kepada diri dan orang lan. Setiap insan yang berilmu dan mempunyai kemahiran insaniah tidak dilihat sebagai satu masalah malah keberadaannya akan sentiasa memberi faedah dan kekuatan kepada orang lain.
Antara pendekatan gerakan Islam seperti ABIM adalah melatih para pelajar memahami Ilmu dan Islam tidak hanyak dari segi teori tetapi lebih kepada pendekatan praktikal. Program-program luar bilik darjah seperti latihan, menggerakkan program dakwah dan kesukarelaan, dan sebagainya adalah usaha besar dalam menanam kefahaman bahawa pendidikan dan dakwah amat rapat dalam melahirkan insan yang bersifat holisitik dan bermanfaat. Kegiatan seperti turun ke masyarakat, siri sumbangan sekampit beras, turun membantu golongan miskin dan berkeperluan, adalah antara usaha yang amat bermakna dalam melahirkan insan yang bermanfaat.
Di mana kita sekarang?
Dalam dunia serba canggih ini pendidikan tidak hanya semata suatu proses berterusan yang dilakukan oleh pendidik semata-mata, namun ianya adalah sesuatu tindakan yang memerlukan persediaan dan pemikiran atau tasawwur yang jelas tentang peranan yang dimainkan oleh seorang pendidik. Kita tidak mahu pendidikan dilihat semata-mata tempat menternak atau seolah-olah memberi makan haiwan di kandang, asal selesai tugas maka selesai lah tugas penternak tersebut.
Jauh lebih dari itu, pendidik untuk jangka panjang harus memahami tugas, mengetahui peranan dan tugas, mendidik harus menggunakan sebaik mungkin kaedah dakwah cara rasulullah iaitu Bil Hikmah dan Mauizzah Hasanah dan Mujadalah agar pendekatan dakwah melalui pendidikan akan melahirkan insan yang berkualiti bukan sahaja akademik tetapi terbentuk watak dan pemikiran yang benar untuk kebaikan masyarakat. Kita tidak mahu pendidikan sekadar satu medan melahir berapa banyak A yang dikumpul tetapi kualiti A yang dilahirkan itu benar-benar membayangkan kualiti pelajar yang lahir. Sebagai contoh ada kalangan pelajar yang mendapat A dalam subjek syariah, quran sunnah, akhlak sebagai contoh tetapi apakah kejayaan itu menunjukkan bahawa dia adalah pelajar cemerlang yang dilahirkan dalam bidang tersebut. Sepanjang pembelajaran itu adakah mungkin diterap kemenjadian untuk mendapat A tetapi tidak menyerap masuk dalam diri sejauh mana kualiti keputusan itu menghasilkan terbentuk watak dia adalah pelajar cemerlang, diri, sahsiah dan akademiknya.
Sekolah Masa Hadapan memerlukan pelbagai pendekatan yang holistik sifatnya tidak semata-mata pada kurikulumnya tetapi pendidik yang turut menghayati falsafah tersebut. Kurikulum amat cantik dan begitu luas bahkan kadang-kala amat hebat namun ia tinggal di atas kertas kerana tidak berupaya dilaksanakan atau dengan kata lain sukar untuk diterjemah dalam kerangka amalan dan tindakan. Maka, kita melihat kesan apabila pelbagai program dan aktiviti dijalankan sehingga melibatkan jutaan ringgit, namun keberkesanannya amat sedikit.
Penutup
Kesimpulan daripada tulisan ini, ingin dikongsi bersama dalam suasana era kemodenan dan perkembangan sains dan teknologi yang semakin pantas, kadang kala dunia pendidikan harus juga berkembang dan maju kehadapan daripada segala aspek bukan hanya perkembangan infrastruktur tetapi pemikiran, jiwa dan teladan yang ingin ditanam dalam bidang perguruan khususnya. Amat malang jika pendidikan kita hanya mendapat pengiktirafan tinggi dari segi skor dan gred namun impak kepada pembangunan insan, jiwa kemanusiaan abadi yang terangkum dalam maksud, kesedaran, kefahaman, pembangunan minda, jiwa murni, amanah, dan sebagainya tidak mampu diterjemah dengan benar.
Oleh sebab itu, dalam sekolah masa hadapan, wajar dimasukkan elemen tawhidik dan humanistic approach dengan lebih lagi agar yang hendak kita lahirkan bukan insan robot tetapi insan yang mempunyai jiwa yang mampu merubah dan memindahkan jiwa manusia daripada bertuhankan kepada kebendaan semata-mata kepada kekuatan membangun jatid iri untuk berbakti kepada negara, agama dan bangsa.