Oleh:
Ahmad Naim Jaafar
Pengasas, Foresight & www.sekolahmasahadapan.com
“Setiap ketamadunan adalah persaingan antara pendidikan dan malapetaka”
Perkara yang sama juga akan berlaku pada sekolah dan universiti. Bahkan sudah ada bibit-bibit awal perubahan yang dipacu oleh pelbagai pihak yang berkepentingan.
Mengimaginasikan Semula Masyarakat: Ia memerlukan keberanian untuk melihat masyarakat dengan pandangan yang baru. Secara asasnya struktur keluarga dan komuniti tempatan masih penting. Namun individu kini membentuk perhubungan dengan kumpulan masyarakat yang tidak linear. Mereka dihubungkan dengan berkongsi minat, tujuan, bakat dan citarasa yang sama. Oleh sebab itu, horizon pemikiran generasi baru sudah tidak melalui proses pertumbuhan organik atas kesan wujudnya cara baru berhubung secara lebih bermakna dengan individu lain berdasarkan faktor-faktor di atas.
Perubahan struktur masyarakat ini menawarkan kesan baik dan buruk. Oleh itu kita perlu mendesain kerangka idea dan misi yang boleh mempengaruhi tingkahlaku yang produktif dan bermanfaat bagi mengelak unsur-unsur buruk yang sentiasa kreatif mengeksploitasi perkembangan ini.
Apa itu Jaringan Kepintaran?: Jaringan kepintaran adalah proses perhubungan manusia yang memiliki wawasan, minat, perjuangan yang sama. Mereka membawa semangat demokrasi peribadi yang menawarkan autonomi, kepakaran dan sense of purpose. Kemudian mereka membentuk ilmu dan modal tertentu secara kolektif sambil menghasilkan nilai dan manfaat yang pelbagai.
Jaringan Kepintaran dalam membentuk ekosistem Sekolah Masa Hadapan: Dalam usaha membentuk ekosistem sekolah masa hadapan yang diimpikan, kita perlu memakai lensa baru untuk melihat keperluan dan kemungkinan baru. Jaringan kepintaran komuniti pendidik yang merentasi kepelbagaian adalah kunci kepada sekolah masa hadapan. Saya berpendapat jaringan kepintaran sebegini mampu menawarkan penyelesaian yang jujur dan penting walaupun rumit yang tidak mampu ditawarkan oleh institusi sekolah.
Jaringan kepintaran ini perlu melebarluaskan definisi dan aplikasi pendidikan dan pembelajaran sesuai dengan peredaran zaman sekarang. Sebelum ini Jaringan kepintaran berlaku secara tertutup didalam institusi yang mengawal ‘kitaran penawaran dan permintaan’ ilmu dan pengetahuan. Dengan kuasa menentukan sumber ilmu, mereka berjaya membentuk ‘value disparity’ yang menguntungkan mereka.
Namun apabila revolusi maklumat dan perhubungan berlaku, kitaran penawaran dan permintaan itu runtuh. Individu atau kumpulan kecil yang memiliki kepintaran tertentu sudah memilik demokrasi peribadi terhadap ilmu dan pengetahuan tertentu. Ini menjadikan kitaran penawaran dan permintaan ilmu pengetahuan menjadi ‘orderly chaotic’. Ia bermakna tiada perhubungan rasmi antara mereka dalam komuniti tetapi mereka berjaya membentuk jalinan kolaborasi yang bermakna dan bertujuan.
Jaringan kepintaran ini melakukan perkara paling penting:
- Memahami formulasi masalah
- Kumpulan ini mewakili mereka yang berpengalaman dalam bidang tertentu. Mereka memahami formulasi masalah tertentu dalam proses pembelajaran di sekolah.
- Berekprementasi dengan prototype solusi
- Sebarang solusi yang ditawarkan perlu dieksprerimen secara berperingkat dan mengambil kira formulasi masalah tersebut. Oleh itu sebrang formulasi penyelesaian bakal membawa pembaikan dan perubahan yang signifikan.
- Kolaborasi antara genius akar umbi
- Ramai pendidik yang mewakili genius akar umbi. Namun mereka tidak diraikan oleh sistem yang birokratik. Keupayaan membentuk kolaborasi antara mereka berpotensi membawa idea baru dan inovatif.
- Memaksimakan gandaan nilai dan sumber:
- Terlalu banyak sumber yang tidak dimaksimakan dalam sistem pendidikan. Justeru jaringan kepintaran sekolah masa hadapan perlu mencari model yang ‘desirable, feasible, viable & scalable’ bagi memastikan sebarang idea perubahan boleh dilebarluaskan.
Jaringan Kepintaran:
- Inovator/Changemaker
Kumpulan ini yang memiliki idea, iltizam dan kemahiran bagi mencipta solusi dan perubahan. Terdiri daripada pendidik, usahawan dan teknokrat yang berkecimpung dalam bidang kemahiran yang pelbagai, idea bernas mereka sangat penting bagi memastikan sebarang idea perubahan akan dipacu secara praktikal.
- Penyumbang Dana
Kumpulan ini yang memiliki sumber dana. Mereka selesa membantu dengan menyumbang dana bagi menjayakan idea innovator atau changemakers yang mereka percaya dan sokong. Mereka penting dalam memainkan peranan aliran dana yang berterusan.
- Sukarelawan
Kumpulan ini percaya bahawa usaha kecil mereka secara berterusan adalah kunci kepada perubahan pendidikan. Mereka fokus membawa perubahan kepada seseorang pelajar sebelum beralih kepada pelajar lain. Sumbangan sukarelawan ini sangat penting bagi memastikan sebarang idea baru dilaksanakan dengan skala besar dan meluas.
- Inovasi Kemanusiaan: Kepada sesiapa yang mahu masuk ke dalam jaringan kepintaran sekolah masa hadapan perlu memberi fokus kepada inovasi yang memperbaiki nilai dan semangat kemanusiaan. Tidak guna inovasi dan perubahan yang dibawa canggih dan berteknologi tinggi namun tidak memberikan impak yang mendalam kepada setiap manusia yang patut mendapat manfaat daripadanya.
- Cari satu masalah untuk di selesaikan: Kita perlu mencipta ruang seluas-luaskan bagi jaringan kepintaran akar umbi mencetus dan memimpin sebarang bentuk pembaharuan dan inovasi dalam pendidikan. Lihat sahaja senarai tokoh pendidikan yang menyumbang didalam buku ini, saya yakin jumlah mereka yang komited dan berkeupayaan membawa perubahan dalam pendidikan jauh lebih ramai daripada itu. Namun ia memerlukan lensa baru melihat kerangka pendidikan yang membumi, praktikal dan manusiawi.
Adalah satu kerugian bila halatuju pendidikan ditentukan oleh syarikat gergasi yang mendapat sokongan kerajaan melalui kementerian tertentu untuk menhencotkan data dan ramalan industri tertentu.
Ruang ini terbuka kepada sesiapa yang bakal mencipta nilai untuk menentukan nasib generasi akan datang supaya lebih mandiri, percaya pada kepintaran sendiri dan tidak melutut mengunggu ihsan dari gergasi yang sendiri terlalu lambat untuk berubah.