Pelancaran Modul Hadis 40 Imam Nawawi oleh Yang Berhormat Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan telah menimbulkan polemik dan ketakutan dalam kalangan ibu bapa yang bukan beragama Islam sehinggakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri meredakan keadaan dengan mengumumkan bahawa Modul Hadis 40 Imam Nawawi bukannya paksaan terhadap bukan Islam. Hasrat KPM melalui Menterinya membangunkan modul ini sudah pasti bagi membendung gejala ekstremisme yang semakin membarah dalam masyarakat.
Pengaruh agama terhadap kehidupan manusia adalah suatu realiti yang tidak dapat disangkal. Walau bagaimanapun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan dalam ekstremisme agama dan kaum yang melampau, yang telah menimbulkan ketegangan dan konflik dalam masyarakat.
Hadis 40 Imam Nawawi, yang juga dikenali sebagai "Hadis Arbain" (40 Hadis), mengandungi ajaran-ajaran penting yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan, termasuk hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan sesama, dan akhlak yang mulia.
Selain itu, hadis 40 ini juga menekankan Akhlak yang Mulia dimana Hadis ini menekankan pada pentingnya akhlak yang mulia. Kesopanan, belas kasihan, dan penghormatan kepada sesama manusia adalah prinsip asas dalam Islam yang dapat mencegah ekstremisme dan fanatisme.
Bertitik tolak dari situ, pencegahan Ekstremisme Kaum turut ditekankan dalam hadia 40 Imam Nawawi ini. Hadis 40 Imam Nawawi juga mempunyai implikasi dalam mencegah ekstremisme kaum yang melampau. Antaranya mengenai kepelbagaian dalam kesatuan. Hadis ini menunjukkan bahawa Islam mengiktiraf dan menghormati kepelbagaian umat manusia. Ini mendorong penghormatan kepada kepelbagaian budaya, etnik, dan bahasa, dan mencegah kaum yang melampau daripada menindas atau menghina kaum lain.